Pemilih Tarikh
Membolehkan pengguna memilih tarikh dari kalendar interaktif.
Penggunaan
Contoh
Saiz
Gunakan prop size untuk menukar saiz pemilih tarikh!
Keadaan Tidak Terkawal vs Terkawal
Untuk menggunakan pemilih tarikh dalam keadaan tidak terkawal, tetapkan prop defaultValue kepada nilai awal pemilih tarikh.
Untuk menggunakan pemilih tarikh dalam keadaan terkawal, tetapkan prop value kepada nilai semasa pemilih tarikh dan sediakan pendengar acara onValueChange untuk mengendalikan perubahan.
Tidak Terkawal
Terkawal
Dilumpuhkan
Terdapat banyak cara untuk berinteraksi dengan keadaan disabled Pemilih Tarikh. Pemilih tarikh boleh dilumpuhkan sepenuhnya dengan menetapkan prop disabled kepada true.
Untuk kawalan yang lebih halus pada tarikh yang hendak dilumpuhkan, anda boleh menghantar Matcher | Matcher[] yang mentakrifkan peraturan untuk melumpuhkan tarikh.
Lumpuhkan semua tarikh
Lumpuhkan tarikh sebelum hari ini
Lumpuhkan tarikh selepas hari ini
Lumpuhkan tarikh di luar julat
Lumpuhkan tarikh mengikut hari dalam minggu (cth. Sabtu dan Ahad)
Lumpuhkan tarikh mengikut fungsi panggilan balik (cth. lumpuhkan setiap 13hb bulan)
Tahun Maksimum dan Minimum
Anda boleh menetapkan tahun maksimum dan minimum untuk pemilih tarikh dengan menghantar prop minYear dan maxYear.
Susunan Tahun
Anda boleh menetapkan susunan pengisihan tahun dalam dropdown tahun dengan menghantar prop yearOrder.
Menaik
Menurun
Bahasa
Komponen ini menyokong dwibahasa, anda boleh menghantar prop locale untuk menetapkan bahasa digunakan.
Nilai lalai adalah en untuk English. Untuk menukar kepada Bahasa Melayu, tetapkan ms.
English
Bahasa Melayu
Props
DatePicker
| Prop | Type | Default |
|---|---|---|
size | enum | small |
defaultValue | Date | - |
value | Date | - |
onValueChange | (date: Date ) => void | - |
placeholder | string | dd / mm / yyyy |
disabled | boolean | Matcher | Matcher[] | false |
maxYear | number | 2099 |
minYear | number | 1900 |
yearOrder | asc | desc | asc |
locale | en | ms | en |