Pemilih Julat Tarikh
Membolehkan pengguna memilih julat tarikh dari kalendar interaktif.
Penggunaan
Contoh
Saiz
Gunakan prop size untuk menukar saiz pemilih julat tarikh!
Keadaan Tidak Terkawal vs Terkawal
Untuk menggunakan pemilih julat tarikh dalam keadaan tidak terkawal, tetapkan prop defaultValue kepada nilai awal pemilih julat tarikh.
Untuk menggunakan pemilih julat tarikh dalam keadaan terkawal, tetapkan prop value kepada nilai semasa pemilih julat tarikh dan sediakan pendengar acara onValueChange untuk mengendalikan perubahan.
Tidak Terkawal
Terkawal
Dilumpuhkan
Terdapat banyak cara untuk berinteraksi dengan keadaan disabled Pemilih Julat Tarikh. Pemilih julat tarikh boleh dilumpuhkan sepenuhnya dengan menetapkan prop disabled kepada true.
Untuk kawalan yang lebih halus pada tarikh yang hendak dilumpuhkan, anda boleh menghantar Matcher | Matcher[] yang mentakrifkan peraturan untuk melumpuhkan tarikh.
Lumpuhkan semua tarikh
Lumpuhkan tarikh sebelum semalam
Lumpuhkan tarikh selepas esok
Lumpuhkan tarikh di luar julat
Lumpuhkan tarikh mengikut hari dalam minggu (cth. Sabtu dan Ahad)
Lumpuhkan tarikh mengikut fungsi panggilan balik (cth. lumpuhkan setiap 13hb bulan)
Tahun Maksimum dan Minimum
Anda boleh menetapkan tahun maksimum dan minimum untuk pemilih julat tarikh dengan menghantar prop minYear dan maxYear.
Susunan Tahun
Anda boleh menetapkan susunan pengisihan tahun dalam dropdown tahun dengan menghantar prop yearOrder.
Menaik
Menurun
Locale
Komponen ini menyokong dwibahasa, anda boleh menghantar prop locale untuk menetapkan bahasa digunakan.
Nilai lalai adalah en untuk English. Untuk menukar kepada Bahasa Melayu, tetapkan ms.
English
Bahasa Melayu
Props
DateRangePicker
| Prop | Type | Default |
|---|---|---|
size | enum | small |
defaultValue | boolean | indeterminate | false |
value | boolean | indeterminate | false |
onValueChange | (date: Date ) => void | - |
placeholder | string | dd / mm / yyyy |
disabled | boolean | Matcher | Matcher[] | false |
maxYear | number | 2099 |
minYear | number | 1900 |
yearOrder | asc | desc | asc |
locale | en | ms | en |