Tooltip
Komponen ini menawarkan maklumat ringkas apabila pengguna meletakkan tetikus ("hover") atau memberi fokus pada sesuatu elemen.
Penggunaan
Contoh-contoh
Keadaan Tidak Terkawal vs Terkawal
Untuk menggunakan komponen ini dalam keadaan tidak terkawal, tetapkan prop defaultOpen kepada keadaan awal input.
Untuk menggunakan komponen dalam keadaan terkawal, gunakan prop open dan onOpenChange untuk mengendalikan keadaan secara programatik.
Penempatan Tooltip
Props side boleh digunakan untuk melaraskan kedudukan TooltipContent. Nilai-nilai yang diterima ialah: left, right, top dan bottom.
Props
Tooltip
Komponen Tooltip dibina di atas TooltipPrimitive.Provider and TooltipPrimitive.Root. Sila rujuk senarai API lengkap dalam documentasi ini.
| Prop | Type | Default |
|---|---|---|
defaultOpen | boolean | - |
open | boolean | - |
onOpenChange | function | - |
delayDuration | number | 700ms |
disableHoverableContent | boolean | - |
TooltipContent
Komponen TooltipContent ini dibina di atas TooltipPrimitive.Portal dan TooltipPrimitive.Content. Sila rujuk senarai penuh API di dokumentasi ini.
| Prop | Type | Default |
|---|---|---|
container | HTMLElement | document.body |
arrowPadding | number | - |
align | enum | center |
side | enum | top |
TooltipTrigger
TooltipTrigger membolehkan pengguna untuk berinteraksi atas tujuan menunjukkan "tooltip". Komponenen ini dibina menggunakan TooltipPrimitive.Trigger. Sila rujuk senarai penuh API di dokumentasi ini.